Puisi dan madah kata yang halus dan cantik boleh menjadi pendukung kita di saat susahnya kita agar dapat terusan kita bertapak, dan di saat senangnya kita agar tidak membongkak. Pendek kata puisi ibarat roh sesebuah bangsa yang fungsinya seperti irama-irama yang membangkitkan semangat kebangkitan saat bangsa diinjak dan ditindas, yang mendidik halwa jiwa bangsa di saat diuji kesenangan dan membina pemikiran bangsa agar terus tetap dengan identiti bangsa sendiri.. Jangan sampai puisi itu tidak mampu membangun bangsanya kerana tiada tiang yang teguh namun selagi ia mampu mengkiblatkan keteguhan, wajarlah ianya diperteguh dan dipertahankan...
untuk entri kali ini penulis ingin 'update' satu puisi yang sedang amarah dengan realiti masyarakat sekarang dan mungkin teguran untuk diri sendiri mungkin.
AKU TERIMA NIKAHNYA....
Mengukur sebuah kasih,
Sesuaiku nukilkan cinta masih,
Masih terukirkah yang tersisih?
Atau kesetiaannya dialih-alih,
Layaknya Adam mengemudi kasih,
Sekadar hanya ratiban madah kata-kata,
Yang tepinya gigi ombak buih dusta,
Yang sekadar putih pada buih air,
Dan wajarkah si dia yang menemani bahtera,
Andai disuap nyamannya udara samudera
Hatta diunjuk segala bintang bulan yang di sana
Namun kau yang tiada malahan mendusta
Hatta diunjuk segala bintang bulan yang di sana
Namun kau yang tiada malahan mendusta
Bilamana satu nakhoda kau duakan malamnya?
Ya
Andai cinta itu kau katakan tiang,
Maka serikan ia walau sekadar barang,
Kerana Arasy kebahagiaan pasti ada menghalang,
Kerana pasti ada yang jalang
Kerana pasti ada yang jalang
Suami dan isteri harusnya diri mematri
Cintakan dia walau sendiri-sendiri,
Walau di hati ramai yang lagi-lagi,
Kerna itulah ertinya cinta sejati.
Nukilan muhammad shaffiq ishak (2015)

No comments:
Post a Comment